Tekanan stress yang kedengarannya seperti negatif sebenarnya adalah tindak balas biasa yang berlaku apabila ada perubahan berlaku yang mencetuskan tindak balas emosi, intelek dan fizikal. Stress boleh menjadi positif kerana ia boleh membantu untuk memastikan kita sentiasa fokus, berinspirasi dan bersedia untuk mengelak dari bahaya. Namun, tahukah anda bahawa tekanan juga boleh menjadi negatif apabila ia tidak diuruskan dengan betul?
Jangan memandang rendah terhadap tekanan stres kerana ia boleh mengancam kesihatan jantung anda dalam diam dengan atau tanpa anda sedari. Apabila anda tertekan, badan anda akan menghasilkan bahan kimia yang dipanggil kortisol untuk menyesuaikan diri dengan tekanan, namun tekanan yang berterusan akan menghasilkan kortisol yang berterusan juga dan mungkin membawa kepada peningkatan paras kolesterol darah, trigliserida, gula darah dan tekanan darah. Ini akan membawa kepada penyakit jantung yang serius dan boleh menyebabkan anda diserang strok. Jadi berikut ialah cara menguruskan tekanan untuk mengelakkan anda daripada mendapat penyakit jantung pada masa hadapan:
Kenali Tekanan Anda
Menyedari tekanan anda dan berapa lama ia berlaku boleh membantu anda memahami lebih lanjut tentang keadaan anda dan mengesan punca utamanya. Walaupun tekanan stres jangka pendek boleh meningkatkan prestasi apabila ingin memenuhi tarikh akhir sesuatu pekerjaan atau menyelesaikan beberapa tugas, tekanan stres secara berterusan atau dikenali sebagai tekanan kronik boleh menjejaskan kesihatan anda secara keseluruhan.
Tekanan stres yang kronik boleh berpunca daripada isu kewangan, persekitaran kerja yang toksik, tekanan berterusan akibat kerja atau malah isu hubungan peribadi anda. Jadi pastikan anda menyemak di mana punca tekanan anda sebelum memilih penyelesaian terbaik untuk menguruskan tekanan anda.
Tetapkan Keutamaan
Kebanyakan masalah tekanan mungkin datang dari pekerjaan, jadi mengapa tidak cuba menyusun dan menetapkan keutamaan terhadap tugas kerja anda bukan? Mula-mula, anda boleh memilih kerja mana yang paling penting dan mendesak yang perlu dilakukan terlebih dahulu, selepas anda selesai dengan tugas itu, barulah anda boleh meneruskan tugasan lain. Mungkin sukar untuk anda tetap konsisten, tetapi cuba jadual kannya ke dalam kalendar anda dan gunakan peringatan apabila mendekati tarikh akhir tugasan. Ia juga boleh memberikan anda perasaan seperti telah mencapai sebuah pencapaian selepas anda menyelesaikan satu tugas.
Seimbangkan kerja dan kehidupan seharian
Luangkan masa untuk bercakap dengan orang lain atau keluar dengan rakan atau keluarga semasa waktu cuti. Nikmati hari anda dan jangan hanya tinggal di rumah sahaja. Semasa waktu makan tengah hari anda di tempat kerja, pergilah makan tengah hari bersama rakan sekerja dan berbincang tentang hari anda.
Senaman yang kerap
Jika anda mempunyai masa, luangkan sekurang-kurangnya 30 minit untuk melakukan senaman. Senaman yang kerap boleh membantu menurunkan tekanan darah anda dan mengelakkan penyakit kardiovaskular yang lain. Tetapi bagaimana jika anda sibuk dengan kerja pada siang hari? Jangan risau, penyelesaian terbaik untuk anda adalah boleh bersenam pada waktu petang atau pada waktu malam atau sekurang-kurangnya sejam sebelum tidur asalkan senaman tersebut tidak terlalu berat. Kajian terdahulu yang membandingkan permulaan tidur dan kualiti orang dewasa yang sihat yang bersenam satu sesi petang dengan mereka yang tidak, mendapati bahawa senaman petang bukan sahaja tidak memberi kesan kepada tidur, tetapi juga membuat orang tertidur dengan lebih cepat dan nyenyak.
Amalkan Yoga
Yoga dikenali sebagai salah satu bentuk senaman yang sesuai untuk menguruskan tekanan stres. Yoga menggalakkan ketenangan dan tidak mewujudkan tekanan. Ia menggalakkan kestabilan, fleksibiliti dan membantu anda bernafas dengan betul semasa melakukannya. Kajian terdahulu yang menganalisis 52 wanita menunjukkan bahawa Yoga mempunyai peranan yang berkesan dalam mengurangkan tekanan, kebimbangan dan kemurungan dan justeru boleh digunakan sebagai perubatan alternatif. Jika anda tidak dapat mengikuti sesi yoga dengan jurulatih peribadi, cuba cari mana-mana video yoga asas dan ikutinya di rumah anda sahaja.
Berbincang dengan pegawai kesihatan
Cara terbaik untuk menguruskan tekanan adalah dengan mempunyai seseorang untuk bercakap dan memberi penyelesaian secara profesional. Mereka akan mengarahkan anda kepada cara terbaik untuk mengawal emosi dan tekanan stres anda. Terutama apabila anda mengalami kemurungan dan kebimbangan di mana langkah ini perlu untuk menyelaraskan punca, penyelesaian dan rawatan yang lebih baik untuk anda.