Tangan Bersih, Kesihatan Terjamin: Tips Mencuci Tangan yang Efektif

Rate this post

Memastikan tangan anda sentiasa bersih adalah penting untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyebaran penyakit. Kebersihan tangan perlu lebih daripada sekadar mencuci tangan secara pantas dengan air yang bersih. Dalam blog ini, kami akan kongsikan beberapa tips untuk tangan sentiasa kekal bersih.

Tips #1: Kerapkan membasuh tangan

Mencuci tangan adalah salah satu cara paling efektif untuk mencegah penyebaran kuman. Sentiasa cuci tangan nada sebelum dan selepas makan, menggunakan tandas, menyentuh haiwan dan batuk atau bersin.

Tips #2: Gunakan teknik membasuh tangan yang betul

Untuk memastikan tangan anda betul-betul bersih, anda harus menggunakan teknik mencuci tangan yang betul. Basahkan tangan anda dengan air bersih dan busakan sabun sekurang-kurangnya selama 20 saat. Gosok seluruh permukaan tangan anda, termasuk bahagian belakang tangan, celahan jari dan di bawah kuku.

Tips #3: Tiada sabun dan air bersih? Gunakan hand sanitizer!

Meskipun mencuci tangan menggunakan sabun dan air bersih adalah cara paling efektif, namun anda mungkin dalam situasi yang tidak mengizinkan cara ini. Oleh itu, anda boleh gunakan hand sanitizer yang mengandungi sekurang-kurangnya 60% alkohol untuk membunuh kuman di tangan. Gosok hand sanitizer anda pada seluruh permukaan tangan anda sehingga kering.

Tips #4: Jangan sentuh wajah anda!

Kuman yang berada di tangan anda datang dari permukaan yang anda sentuh dalam hidup seharian seperti tombol pintu, butang lift dan troli beli-belah. Menyentuh wajah anda, terutamanya di bahagian mata, hidung dan mulut akan menyebarkan kuman di tangan dan meningkatkan risiko infeksi penyakit.

Tips #5: Galakkan orang lain untuk mengamalkan kebersihan tangan yang betul

Maklumkan kepada rakan, keluarga dan rakan sekerja anda tentang kepentingan menjaga kebersihan tangan. Galakkan mereka untuk kerap mencuci tangan dan menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin.

Kebersihan tangan adalah cara yang mudah tetapi amat berkesan untuk melindungi kesihatan anda dan mencegah penyakit daripada merebak. Anda boleh mengurangkan risiko jangkitan dengan mengikuti tips-tips ini untuk memastikan tangan anda bersih dan sihat.

Rujukan:

  1. Hand Washing: Technique, Antibacterial Soap & Hand Sanitizers. (2020, May 3). Cleveland Clinic. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/17474-hand-washing
  2. Keeping Hands Clean. (2022, June 15). Centers for Disease Control and Prevention. https://www.cdc.gov/hygiene/personal-hygiene/hands.html
Dr Awam

Dr Awam

Here for your weekly tips to better awareness and caring for your health and safety!

All credits goes to Awam Clinic health promotion team.

More Tips & Posts:

Verified by MonsterInsights